~Jom Dansa~

~ Praktikum 1 dah tamat...~  

Saturday, April 18, 2009


17hb April..semua menantikan hari itu..apa tidaknya, hari terakhir praktikum. Penyeksaan membuat rph, abm dan kena observe semua pun sudah berakhir =) tapi...bila difikirkan, betulkah pengakhiran itu menggembirakan? kadang2 sedih pun ada juga. Bukan apa, rindu dengan murid2 kelas 1Gemilang. Biar pun dorang tu nakal, tp kadang2 ragam dorang buat saya rasa lucu pula. Walaupun dorang nakal, tapi dengar cakap juga la..hehe. Guru Pembimbing saya cakap, x ramai yang sanggup ambil tahun 1...sebabnya susah kawal kelas. begitu juga dengan pensyarah pembimbing saya beritahu. Bila difikirkan 'Iye Ke?'..ntah la..mungkin pandangan senior yang berpengalaman dengan junior ni x sama..hehe.

ni gambar hari terakhir, semua pun berebut mau potong kek * gambar blur la..ada kesilapan teknikal kali masa diambil
^__^


Bila saya bagitau murid2 saya yang saya tidak mengajar dorang lagi, semua pun bertanya 'kenapa'?. Rasa sedih pula saya. sepanjang 1 minggu tu, ada sja pertanyaan 'tinggal berapa hari lagi cikgu di sini'? aduiiii....setiap hari saya rasa sakit hati..sakit hati bukan pasal apa la...dorang mcm x mau saya berhenti untuk mengajar kelas dorang. Mungkin ramai yang fikir, kalau soalan tu balik2 ditanya..mcm dorang tidak sabar supaya saya x lagi mengajar kelas dorang. Tapi bila saya fikir secara logik, sebenarnya murid-murid tu bukan bermaksud demikian. Bila saya tanya murid-murid yang dorang x mau saya ajar ka? Chrester bgtau, 'bukan ba cikgu...kami mau cikgu ajar. kami x mau cikgu yg garang yg ajar kami.' =) (cikgu vennei, jgn marah ye..ni bukan saya yang cakap..ni murid 1g yang cakap..hehehe)


















* ni la c chrester....hehe. Dia ni kiut tau. Paling pandai berkata-kata lagi tu..Kadang2 saya rasa, percakapan dia kalah-kalah mcm orang dewasa.. =P walaupun dia banyak cakap, tapi dia ni rajin. Suka tolong saya & cepat buat kerja. Cayang chrester...=*

Hari terakhir tu, saya sengaja x mengajar. Tapi rph tetap ada ba...hehe. Hari tu, saya suruh dorang buat kad untuk saya sebagai kenangan. Mungkin orang len fikir saya buat mcm ni sebab takut x kena bg apa2 untuk hari terakhir. Tapi semua tu salah. Bagi saya, sama ada dapat hadiah ka tidak semua bukan ukuran untuk menunjukkan dorang sayang n ingat dengan kita. Tapi bagi saya, saya sengaja suruh dorang buat macam tu sebab dorang masih kecil. Dorang x akan terfikir untuk bagi hadiah. Apa yang saya harapkan dari dorang ialah kenangan dorang bersama saya dan juga kad yang dorang hasilkan sendiri untuk saya. Kad itu saya jadikan kenangan yang sangat berharga buat saya. Walaupun x mahal, x secantik mcm kad2 n hadiah yang dibeli..namun dari segi 'harga keikhlasan' lebih mahal dari semua tu.

Apa yang mengecewakan saya hari tu ialah masa yang sangat singkat untuk bersama-sama dengan murid-murid saya. Bergambar pun x banyak sebab pk dah bising2 buat jamuan untuk kami di bilik guru...grrrrrrrrr.....sakit hati saya >_< Walau apa pun, tq jugak la sebab buat jamuan untuk kami. Nampak juga kami ni dialu2kan dan diterima di sekolah tu..hehe.. luv u Sk. Kbbg. (oppssssss...nasib x kena mention nama sekolah) hehe.. Masa jamuan tu, guru besar bagitau yang dia sangat mengalu-alukan kedatangan kami...dan kalau berkesempatan untuk posting dsana, dia dengan berbesar hatinya mengalu-alukan n menerima kami lagi..aduiii...kembang terus hati saya. Rasa gembira dan bangga pun ada eh...haha. Masa tu juga kami menyerahkan cenderamata sebagai tanda penghargaan kami untuk sekolah. Lawa tau hadiah kami...nnt la pic tu kena upload. Lupa minta dari c Don.. Kami juga menyerahkan hadiah kepada guru pembimbing kami Cikgu Vennei n Cikgu Agnes guru pembimbing Don n Iqbal.

Harapan saya untuk praktikum yang akan datang, kalau boleh sekolah yang kami praktikum tu dapat terima kehadiran kami mcm yang sebelum ni. Sebab bila dengar cerita kengkawan suma, ada yang kedatangan dorang macam x dialu2kan..adeiiii...skg ni ada jg ka mcm tu? huh! Teruk! Fikir secara positif la ba. Aina...emosi pula saya..haha.. Apa pun...saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah praktikum kali ni sebab begitu mengalu2kan kedatangan kami. Kepada guru pembimbing jg, terima kasih sangat2 kerana telah banyak membimbing kami. Segala bimbingan dan tunjuk ajar cikgu akan saya ingat...doiii...tiba2 skema la pulak..haha.


Dibawah ni gambar2 masa last day di sekolah..

.
























































ni c joshua..dia ni paling suka menjawab kalau disoal..hehe. Penyelamat masa kena observe ni..thanks joshua =)
















ni melshanty...sumandak paling nakal dalam kelas...pening kepala mo urus dia ni. Banyak jak karenah dia.. =)



















ni namanya Bryan...murid paling kecik n baik dalam kelas. x pernah peningkan kepala saya..hehe =p


di bawah ni antara murid2 1G..ada lg yang lain, tp terlampau ramai jd pilih jak la yang mana2 antara dorang..
hehe =)









AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster